Friday, January 21, 2011

Cara Menghindari Jerawat

| Bersihkan wajah secepat yang mungkin selesai melakukan aktiviti luar. Ini adalah kerana wajah yang bercampur debu, peluh dan sisa-sisa kosmetik akan cepat menimbulkan jerawat. 
| Bersihkan wajah sebelum tidur. Jangan tidur dengan wajah yang kotor atau masih memakai kosmetik. |
| Hindari makanan berlemak dan berminyak. Perbanyakan makan buah-buahan, sayuran hijau dan minum air masak. |
| Tidur secukupnya, lapan jam sehari. |
| Menghindari stress. |
| Cuci rambut dengan teratur kerana kotoran dan minyak pada rambut akan mudah melekat pada wajah terutamanya jika sedang tidur. |
| Jangan terlalu kerap menyentuh wajah dengan tangan, terutama jika tangan kita dalam keadaan kotor. |
| Pilih kosmetik yang oil free, dan ringan untuk gadis-gadis sunti seperti kamu. |
| Usah terlalu sering mencuba produk-produk baru. Sesuatu produk yang digunakan oleh orang lain, belum tentu sesuai dengan kamu. |
| Jangan lupa cuci sarung bantal. Setiap hari muka kamu pasti akan menempel di sarung bantal, dan ketika sedang tidur itulah sarung bantal akan menyerap minyak ke muka. Selain minyak, sarung bantal juga berisiko membawa kuman, debu dan pelbagai kotoran lain ke muka. Jadi, demi muka yang cantik, tak ada salahnya jika kamu mencuci sarung bantal pada setiap hari! Sanggup tak? |



0 suka kentut:

 
Blogger Templates by Wishafriend.com