Friday, January 14, 2011

Apa Itu Migrain?


Migrain ialah satu keadaan di mana sakit kepala terjadi disebabkan oleh aliran darah dan perubahan kimia di otak. Perubahan ini akan menyebabkan arteri yang membekalkan darah ke otak tersekat dan menimbulkan sakit kepala diikuti oleh rasa tidak selesa pada perut, loya dan pening. Migrain juga dikenali sebagai 'vascular headache', manakala dalam bahasa Greek ia dikenali sebagai 'henimikrania' yang bermaksud sebelah tengkorak. Kebiasaanya penghidap merasa sakit atau berdenyut hanya pada sebelah kepala sahaja dan lama-kelamaan pada kedua-dua belah kepala.

FAKTOR-FAKTOR PENTING PENYEBAB MIGRAIN
  1. Keturunan
  2. Pemakanan 
  3. Hormon
  4. Gaya hidup
JENIS-JENIS MIGRAIN
  1. Classic Migrain - Bagi penghidap migrain jenis ini, kebiasaanya terdapat tanda-tanda awal yang dikenali sebagai aura atau prodome sebelum berlakunya migrain. Ia berlaku kira-kira 5-15 minit. Antara tanda-tandanya ialah terlihat cahaya terang, garisan zigzag, bayangan berganda, buta sementara, pening dan berpusing, sukar bercakap dan fikiran bercelaru. Ini disebabkan oleh saluran darah yang berfungsi sebagai penghantar darah ke otak dan tisu sekeliling mengecil sementara dan menghad penghantaran darah. Seterusnya menyebabkan gangguan pada saraf rasa dan pengawalan motor.
  2. Common Migrain - Ramai menghidap migrain jenis ini dan ianya terjadi tanpa amaran atau sebarang tanda.
Kesimpulannya, walaupun begitu sukar untuk menemui penawar yang benar-benar boleh mengubati migrain, keadaan masih boleh dikawal. Ubat-ubatan yang ada kini dapat membantu pesakit untuk mengurangkan kesakitan dan gejala yang dialami ketika diserang migrain.

0 suka kentut:

 
Blogger Templates by Wishafriend.com