Friday, March 25, 2011

Ciri-ciri wanita pilihan lelaki :)



* Jadi pendengar setia *
Lelaki suka wanita menjadi pendengar setia dan tidak suka kaum hawa yang suka membangkang.

* Jangan bersolek tebal *
Lelaki tidak suka jika anda memakai alat solek terlalu tebal. 

* Ingat hari pentingnya *
Mengetahui bila hari lahirnya antara resipi penting yang perlu diketahui. Berbuatlah sesuatu di hari pentingnya.

* Hormatinya *
Menghormati dirinya, keluarga dan teman teman yang rapat dengannya.

* Jangan terlalu kebudak budakan *
Bersikap matang dalam tutur kata dan tingkah laku. Lelaki tidak suka wanita yang bersikap terlalu kebudak budakan.

* Agresif *
Lelaki suka sikap wanita yang agresif.

* Jangan terlalu seronok *
Jangan terlalu seronok ketika berbual dan bertemu dengannya . Contohnya berbual di telefon terlalu lama untuk perkenalan pertama.

* Jangan ganas *
Jangan terlalu bersikap kelelakian dan ganas dalam pergaulan.

* Jangan terlalu baik *
Jangan terlalu menunjukkan bahawa kamu ini terlalu baik dan sempurna.

* Jangan perasan *
Jangan perasan kamu ini mempunyai paras rupa yang cantik.

* Sikap sederhana *
Sentiasa memegang prinsip sederhana dan tidak boros dalam perbelanjaan.

* Sikap keibuan *
Bersikap keibuan adalah antara petua yang perlu dititikberatkan.

* Lemah lembut *
Sentiasa bercakap lembut dengan mereka.

* Sensitif *
Ketahuilah bahawa mereka adalah golongan yang terlalu sensitif dan sukakan kelembutan apatah lagi dari seorang gadis.

* Kenali dirinya *
Kenali siapa dirinya yang sebenar sebelum anda memulakan langkah untuk memikat.

* Jaga kecantikan *
Lelaki sukakan wanita yang suka menjaga kulit. Jangan biarkan wajah anda dipenuhi jerawat batu!

* Gaya kemas *
Aset penting bagi anda untuk memikat lelaki adalah mata, punggung dan gaya langkah yang kemas.

* Sering tanya khabar *
Bertanya khabar sekurang kurangnya 2 kali seminggu. Ini akan membuatkan lelaki tertarik akan sikap mengambil berat kamu itu.

* Jujur dalam tingkah laku *
Usia, paras rupa dan bentuk badan bukan menjadi ukuran penting tetapi kecerdikan, kejujuran serta tingkah laku yang bersopan santun yang dinilai oleh lelaki yang mahu serius dalam perhubungan.

* Jangan tunjuk lemah *
Jangan tunjukkan kelemahan anda ketika berada di samping lelaki yang anda minati.

* Tunjuk matang *
Lelaki sukakan wanita yang bijaksana dan matang serta mudah diajak berbincang.

* Suka dimanja *
Yang paling penting, lelaki suka dimanja dengan belaian dan kata kata romantik.



4 suka kentut:

Unknown said...

ushhh hhehee sokong3!!!! XD

memahami betoi laa

cilla ghazali said...

bro : haha. cilla tahu lah :)

Anonymous said...

dah jadi cm nie dah
smpi rasa ye baik gler dah tapi kalau perangai dah x baik dpt bidadari pun ttp sama :P

cilla ghazali said...

alin : tahu xpe. demand je lebih. nk yg bagus2. tak fikir diri tu dah cukup bagus ke nak yg bagus tu ? :)

 
Blogger Templates by Wishafriend.com