Sunday, October 23, 2011

Resipi Dapur Untuk Rambut

Menyentuh soal penjagaan rambut, korang pasti membayangkan beberapa rangkaian produk berjenama khusus untuk penjagaan rambut seperti syampu, perapi dan sebagainya. Actually, korang boleh praktikkan inisiatif lain. Jom semak info!

  1. minyak kelapa - sapuka pada rambut, terutama di bahagian akarnya dan kemudian ramas secara perlahan-lahan. bahan ini berfungsi sebagai pelembap dan menguatkan rambut.
  2. minyak zaitun - sapukan pada rambut dan urutkan bahagian kepala secara perlahan-lahan sebelum meramasnya. bahan ini diakui berkesan untuk menghilangkan kelemumur.
  3. teh - dipercayai dapat membantu menyubur dan menghitamkan rambut. biarkan satu cawan teh pekat diembunkan semalaman. keesokan harinya, teh tersebut boleh dipakai untuk membasahi kulit kepala dan rambut sambil diurut-urut perlahan. lakukan sekali sehari sebagai rutin harian sehingga nampak akan hasilnya.
  4. pisang - bertindak menyihatkan rambut yang kusam, mudah putus dan tidak berkilau. caranya : hancurkan pisang dan campur dengan satu sudu teh sunflower oil serta air perahan limau nipis. ratakan ke seluruh helaian rambut dan biarkan selama 30 minit sebelum dicuci.

that's all.
bye!

2 suka kentut:

Alin Liyana said...

betul2 , lin selalu amalkan benda2 nie terutama santan tu haa

cilla ghazali said...

elok act amalkan benda2 ni. tp the problem is nk sediakan benda ni yg leceh.

 
Blogger Templates by Wishafriend.com